CARA MUDAH BELI EMAS PUBLIC GOLD SECARA ONLINE

Memiliki emas Public Gold sangat mudah, kini, semuanya di hujung jari, Semudah ABC dan artikel ini akan menerangkan cara mudah bagaimana untuk beli emas Public Gold secara online. Apabila anda menguasai langkah-langkah mudah ini, jika anda tidak berjumpa dengan dealer pun anda boleh place order sendiri secara online (dibuka 24 jam sehari), membuat bayaran dan collect di mana-mana cawangan Public Gold atau ArRahnu Pos pilihan anda.

Jika harga emas tengah ‘cantik’ (menjunam) dan ingin ‘lock price’ pada ketika itu, anda boleh ikuti langkah berikut:

4 Langkah Mudah Membeli Emas Public Gold:

  1. Register di Website Public Gold
  2. Lock Harga (place order)
  3. Buat Bayaran
  4. Ambil Emas

(PENTING : Panduan ini hanya untuk pembelian kaedah biasa i.e. non-GAP)

  • Jika belum pernah membuat belian emas di Public Gold, anda perlu mendaftarkan diri dahulu secara percuma.
  • Ikuti langkah-langkah nya DI SINI. Selesai mendaftar, ikut Langkah 2 hingga 4 seperti di bawah.
  • Atau, jika anda memang sudah mempunyai PG code, sila ikut juga langkah 2 hingga 4 seperti di bawah.

  • Masukkan username dan password

  • Klik “Order” > “Purchase Order”

  • Pilih item yang ingin dibeli dan klik “Add to cart”

  • Klik “Cart” selepas selesai pilih semua item yang mahu dibeli

  • Pilih cawangan untuk mengambil item yang dibeli
    • Boleh pilih sama ada mengambilnya di cawangan Public Gold atau Pos ArRahnu
    • Caj premium berbeza sekiranya item diambil dari cawangan Pos ArRahnu
  • Semak semua maklumat
  • Klik pada “I agree and understand of the terms & conditions”
  • Klik ‘Confirm and proceed to payment”

  • Selesai proses “place order” (Lock harga). Mudah sahaja cara beli emas Public Gold secara online kan? Langkah seterusnya adalah membuat bayaran.

  • Proforma Invoice akan dihantar ke mailbox anda sejurus proses “Place Order” selesai. 

  • Buat Bayaran & Simpan Slip Bayaran – Buat bayaran ke akaun Public Gold (Maybank atau Public Bank) dalam masa selewatnya 4 hari. Simpan bank-in slip/ online transfer slip / bukti bayaran ORIGINAL baik-baik untuk diserahkan masa ambil emas tu nanti. Public Gold tak akan benarkan barang diambil tanpa bukti bayaran original.

  • Hantar atau email kan Slip Bayaran
    • Emailkan bukti bayaran kepada payment@publicgold.com.my bersama dengan No. Order dan PG Code anda untuk mereka sahkan bayaran. Kalau bayaran tak diterima dalam tempoh yang ditetapkan (10 hari), Public Gold akan batalkan order dan kenakan penalti 5% ataupun nama di blacklist.

  • Lepas bayar dan emailkan slip bayaran, terus telefon office Public Gold terdekat, tanya mereka bila stok itu boleh diambil. Kalau stok belum ready, minta mereka telefon semula bila stok dari HQ dah sampai. Jangan lupa, ambil nama staff Public Gold tu supaya senang nak follow-up nanti.
  • Emas tu boleh diambil pada bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan. Lepas tempoh 2 bulan, Public Gold akan kenakan caj simpanan 1% setahun.
  • Bila nak datang ambil, jangan lupa bawa sekali (1) Bukti bayaran original, dan (2) Salinan Proforma Invoice dan (3) Kad pengenalan. Sebelum datang, call dulu office Public Gold supaya mereka boleh proses awal-awal. Tak perlu menunggu lama-lama di office Public Gold untuk ambil emas tu.

Penting: Call dulu sebelum datang sebab kadang-kadang orang ramai dan stok tak dapat ambik lagi.

Anda boleh semak no. telefon terkini semua cawangan Public Gold seluruh Malaysia di website Public Gold (www.publicgold.com.my), bahagian “Where To Buy“. 

Jika ada sebarang masalah, boleh minta bantuan Introducer (Dealer) anda. InsyaAllah, dia akan bantu. Sekiranya anda masih tiada introducer dan terdapat sebarang pertanyaan dan memerlukan keterangan lanjut, sila WhatsApp saya di +60129469042 In shaa Allah saya akan guide. 

Sekian sahaja perkongsian artikel tentang cara mudah beli emas Public Gold secara online daripada saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *