GAP OVERVIEW – BELI EMAS, KUMPUL DAN SIMPAN DENGAN MUDAH DI PUBLIC GOLD

Tahukah anda dengan Public Gold, kita boleh beli emas, kumpul dan simpan dengan mudah? Ramai antara kita mempunyai pelbagai kerisauan apabila dikaitkan dengan simpanan emas. Antaranya:

  • Tiada modal besar untuk memulakan simpanan emas
  • Risau emas kena curi
  • Sukar untuk meyimpan emas di tempat selamat (safe deposit box)
  • Urusniaga emas atau akaun emas yang tidak patuh syariah

Namun, TIADA lagi KERISAUAN tersebut dengan Gold Accumulation Program (GAP).

Apa itu GAP

  • Gold Accumulation Program atau lebih dikenali sebagai GAP merupakan program kumpul emas bermodal kecil yang termudah dan termurah di Malaysia yang disediakan oleh syarikat Public Gold International Sdn. Bhd.
  • Ia lebih kurang sahaja seperti akaun simpanan di bank tetapi kita mengumpul gram dan bukan RM di dalam akaun kita.
  • GAP bertujuan memudahkan kita membuat simpanan emas fizikal dengan modal serendah RM100 atau minima 1 gram.
  • Ini memudahkan kita untuk mengumpul emas fizikal sebagai aset dalam jangka masa panjang.
  • Kita boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP pada bila-bila masa, di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

Kemudahan akaun GAP

  • Kita boleh menukar nilai duit kita kepada emas yang berketulenan 999.9 bermula hanya serendah RM100 atau 1 gram sahaja.
  • Disokong 100% oleh emas fizikal. Ianya disimpan secara berkelompok di Public Safe Pulau Pinang dan ianya dilindungi insurans.
  • Tiada yuran simpanan. Kita boleh menyimpan seberapa lama yang kita mahu tanpa dikenakan yuran.
  • Kita boleh mengeluarkan emas fizikal dari mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia bermula dari serendah 1 gram.
  • Kita boleh mengeluarkan kesemua jumlah emas yang kita simpan bila-bila yang kita mahu. Tetapi akaun tersebut akan dianggap tidak aktif jika tiada pegangan baki minima iaitu 1 gram. Bila nak aktifkan semula, kita akan dikenakan “activation fee” sebanyak RM50
  • Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.

Kelebihan Akaun GAP

  • Sesuai untuk mereka yang ingin memulakan simpanan emas atau memiliki emas yang berat (besar) tetapi bajet kecil
  • Sesuai untuk mereka yang nak memiliki emas, tetapi risau nak simpan sendiri
  • Sesuai untuk sesiapa yang ingin memiliki emas Public Gold tetapi menetap di luar negara atau tinggal jauh dari cawangan Public Gold.
  • Sesuai untuk sesiapa yang ingin menyimpan emas secara jangka panjang (lebih setahun):
    • Alternatif untuk simpanan pendidikan anak-anak
    • Alternatif untuk simpanan menunaikan umrah/haji
    • Alternatif untuk simpanan membiyai deposit pembelian aset besar/hartanah
    • Alternatif untuk simpanan persaraan hari tua

Gold bar dan dinar 24K (999.9) Public Gold

Kita boleh mengeluarkan emas fizikal dalam pelbagai dedominasi asalkan cukup amaun gram di dalam akaun kita. Untuk memulakan langkah pertama dalam membuka akaun emas GAP, klik sini >>Cara Beli GAP

Urusan beli emas, kumpul dan simpan secara percuma hanya dengan akaun emas GAP public Gold. Mudah dan murah! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *