5 TIPS BELI EMAS PELABURAN YANG TERBAIK

Entri sebelum ini ada menceritakan bahawa emas yang mempunyai ‘spread’ yang rendah adalah salah satu ciri-ciri penting dalam pemilihan emas pelaburan kita dan dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan tips beli emas pelaburan yang terbaik. 

Secara am, emas yang mahu dibeli adalah yang mudah dimiliki, mudah dijual semula dan mendapat keuntungan yang maksima. Untuk memudahkan semua, saya telah senaraikan kriteria-kriteria yang peru dititikberatkan oleh anda untuk memilih emas pelaburan anda:

  • Spread yang nipis
  • Harga yang rendah
  • Mudah dibeli dan mudah dijual
    • ready stock
    • cawangan yang banyak
  • Pengiktirafan daripada London Bullion Market Association (LBMA)
  • Diiktiraf sebagai urusniaga yang patuh syariah
 

#1 – Spread yang nipis

‘Spread’ adalah terma yang biasa digunakan dalam pelaburan emas yang juga bermakna margin atau perbezaan antara harga jualan dan harga belian emas. Selalunya ianya lebih dikenali sebagai ‘susutnilai’. Ia selalunya dikira sama ada dalam peratusan (%) atau pun matawang (RM). Lagi nipis (rendah) spread, lagi bagus. Sekiranya spread emas tersebut melebihi 10%, ia telah menjadi tidak sesuai bagi tujuan pelaburan.

Untuk mengetahui tentang spread dengan lebih lanjut, sila KLIK SINI.

#2 – Harga yang rendah

Harga emas per gram yang rendah juga merupakan kriteria penting dalam memilih emas pelaburan anda. Untuk mengira nilai sebenar emas, anda perlu mengambil kira kos-kos yang lain seperti kos upah tukang, premium dan GST sekiranya ada. PENTING untuk anda bertanya kesemuanya supaya anda tidak rasa tertipu. 

  • Kos upah tukang
NOTA: Huruf W pada pelekat kuning di atas membawa maksud ‘workmanship’.

Dari rajah di atas, anda boleh melihat contoh pengiraan yang melibatkan kos upah telah mengubah jumlah bersih emas tersebut dan sebenarnya anda akan membayar harga yang lebih tinggi daripada harga emas semasa.

 

  • Kos premium emas

Di Public Gold, tiada kos upah tukang dikenakan, namun kos premium atau dipanggil sebagai kos pengangkutan akan dikenakan berbeza mengikut berat atau jenis gold bar/wafer yang dijual. Contoh pada hari ini (12/12/2015) harga 10g gold bar adalah RM1594. Kos premium bagi 10g gold bar adalah RM10. Oleh itu, harga bersih yang anda perlu bayar adalah RM1604.  

  • GST 

Semenjak GST diperkenalkan, emas juga terkena akan tempiasnya. Secara amnya hanya emas yang mempunyai ketulenan 995 dan ke atas serta bercirikan pelaburan tidak akan dikenakan GST. Emas yang bercirikan pelaburan adalah emas yang ditapis dan tersenarai di dalam ‘Good Delivery’ oleh London Bullion Market Association (LBMA). Ini dinyatakan dalam senarai barangan bebas GST berdasarkan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014.

Sekiranya anda membeli dinar 916, GST 6% akan dikenakan berikutan ketulenannya di bawah 995. Oleh itu, harga bersih yang perlu dibayar mestilah mengambil kira GST sekali.

Secara logiknya, emas yang dikenakan caj tambahan 6% kerana GST bukan lagi pilihan untuk pelaburan. Ini kerana, anda terpaksa bayar lebih. 

Di Public Gold, semua emas bebas GST kecuali item dari siri tertentu iaitu Bungamas, Tai Fook dan Flexibar. Dinar 916 tidak lagi dikeluarkan oleh Public Gold.

#3 – Mudah dibeli dan mudah dijual semula

Mudah beli, mudah jual. Ini juga salah satu faktor yang perlu dititikberatkan sebelum melabur. Kita tidak mahu emas yang sukar kita peroleh dan sukar pula untuk kita jual semula. Oleh itu, anda perlu lihat pada 2 perkara penting dalam konteks ini, iaitu:

  • kesediaan stok atau ready stock availability
  • cawangan jual beli yang banyak

Kesediaan stok bermaksud pihak syarikat tersebut boleh menjual emas kepada anda secara berterusan terutamanya apabila harga emas jatuh. Selalunya, permintaan akan menjadi tinggi apabila harga emas jatuh. Oleh itu, sekiranya ada penjual yang boleh supply emas tanpa had ketika demand emas yang tinggi, itu lah dinamakan kesediaan stok. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya anda ingin borong emas ketika harga jatuh kerana ketika itu lah waktu keemasan untuk kita memaksimakan pelaburan.

Kemudahan untuk jual beli sangat penting kerana anda tidak pening untuk memikirkan ke mana anda perlu bawa wang anda untuk membeli emas atau emas anda untuk menjual nya semula. Sekiranya anda menetap di Kelantan contohnya, tidak mengapa anda membeli dinar kelantan atau emas kelantan kerana cawangannya ada di Kelantan, tetapi untuk orang luar agak sukar kerana ianya terhad di Kelantan. Begitu juga dengan emas Sri Ayu.

Public Gold pula mempunyai sebanyak 18 cawangan di Seluruh Malaysia. Oleh itu, urusan jual beli amat mudah untuk pelabur. Di samping itu, Public Gold juga telah bekerjasama dengan Pos Ar-Rahnu, di mana anda semua juga boleh membeli, memajak gadai dan menjual semula emas anda di Pos Ar-Rahnu. Pos Ar-Rahnu kini mempunyai 68 cawangan di seluruh Malaysia. Namun, untuk pelabur pertama kali lebih bagus jika anda berjumpa dengan mana-mana dealer yang anda percayai untuk menjadi introducer anda. Dealer tersebut akan membantu anda follow up dengan Public Gold secara percuma jika diperlukan. Selain itu, dealer selalunya akan berkongsi ilmu dan tips dengan anda. Oleh itu, jika anda perlukan saya sebagai introducer anda, hubungi saya di 012-9469042 (call, sms, whatsapp). 

#4 – Pengiktirafan LBMA

Mengapa perlu pengiktirafan antarabangsa ini? Seperti yang telah dikupas sebelum ini, emas 995 dan ke atas yang mempunyai pengiktirafan LBMA adalah bebas dari GST. Selain itu, emas LBMA lebih tinggi kredibiliti nya kerana ianya diterima secara global. Kemungkinan juga syarikat yang menjual emas bukan LBMA akan mengalami masalah dan ini pasti akan menggugat serta merugikan pembeli. 


Jika di Malaysia, hanya emas Public Gold yang mempunyai pengiktirafan LBMA. Selain itu, emas antarabangsa seperti siri Credit Suisse, Pamp Suisse, Suisse, Perth Mint Australia dan Johnson Matthey juga adalah item yang diterima secara global dalam industri ini.  

#5 – Urusniaga emas diiktiraf patuh syariah

Urusniaga emas dan perak perlu lah dilakukan dengan berhati-hati supaya kita tidak terlibat dalam riba. Perlu diingatkan bahawa tidak ramai yang arif tentang emas dan syariah ini, jadi untuk mengelakkan sebarang syubahah atau was-was, wajiblah sebagai sorang muslim, kita memilih produk yang telah pun diiktiraf sebagai patuh syariah. 

Segala puji-pujian buat Allah, kerana Public Gold telah pun mencapai status patuh syariah bagi produk-produk nya. 

Kesimpulannya, perhatikan dan pertimbangkan semua faktor di atas sebelum anda membuat sebarang pembelian emas. Sekian perkongsian tentang tips beli emas pelaburan yang terbaik daripada saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *