BELI EMAS YANG SPREAD NYA NIPIS (RENDAH)

Faktor paling utama dalam pelaburan emas adalah beli emas yang spread nya nipis (rendah). ‘Spread’ adalah terma yang biasa digunakan dalam pelaburan emas yang juga bermakna margin atau perbezaan antara harga jualan dan harga belian emas. Ia selalunya dikira sama ada dalam peratusan atau pun matawang. Ia juga selalunya lebih dikenali sebagai susut nilai.

 Formula pengiraan spread:

Spread merupakan salah satu faktor yang perlu diambil kira dalam memilih emas dalam pelaburan. Spread yang nipis (rendah) menjadi pilihan utama. Semakin nipis (rendah) spread bermaksud lagi cepat kita akan mendapat keuntungan sekiranya kita memilih untuk menjual semula emas kita. Sebab tu penting untuk beli emas yang spread nya nipis (rendah).


Contohnya:

Sekiranya emas A mempunyai nilai spread 8%, bermaksud apabila ia mencapai kenaikan sebanyak 9% daripada harga yang anda beli, anda telah pun mula mendapat keuntungan. Jika emas yang dipilih mempunyai 15% nilai spread, anda perlu menunggu sehingga nilai emas tersebut naik melebihi 15%, baru anda peroleh keuntungan.


Saya telah menyediakan contoh pengiraan spread untuk emas di Public Gold seperti dalam jadual di bawah. Pengiraan in berdasarkan harga emas pada 30 November 2015. Anda boleh menyemak harga emas setiap masa di laman sesawang rasmi Public Gold – http://www.publicgold.com.my/


Dari gambarajah di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa:

  • Semakin berat jongkong atau dinar emas, semakin rendah susutnilai (spread).
  • Semakin rendah spread, semakin cepat anda akan dapat keuntungan.

Oleh itu, buat lah perbandingan spread apabila anda ingin melabur dalam emas. Jangan mudah terpengaruh dengan harga jualan yang murah sahaja, tetapi pastikan anda bijak menilai faktor2 lain yang mempengaruhi unjuran pelaburan anda. Selain spread, terdapat faktor lain yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan emas pelaburan yang terbaik. Baca DI SINI.


Berikutan peningkatan kos pengeluaran emas LBMA, peratus spread telah meningkat lebih kurang 1%. Namun begitu, ianya masih di bawah 10%.

Mulai 1 Januari 2017, spread bagi setiap produk di Public Gold adalah seperti berikut:

Sekian sahaja perkongsian saya tentang spread emas pada kali ini. Saya berharap perkongsian artikel ini membolehkan anda lebih memahami bagaimana untuk mengira spread dan seterusnya membolehkan anda beli emas yang spread nya nipis (rendah) bagi tujuan pelaburan.

 


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *