cara top up GAP

CARA MENAMBAH BELIAN (TOP UP) GAP DI WEBSITE

Di dalam artikel ini, saya akan kongsikan Step-by-step bagaimana cara untuk menambah belian (top up) GAP di website Public Gold.

Untuk pembelian pertama GAP , ia hanya boleh dibuat secara manual melalui wassap. Tetapi untuk tambah belian (top up) GAP, kita boleh melakukanya sendiri di website. Kita hanya perlu mengikut langkah-langkah seperti yang saya sediakan di bawah ini.

STEP 0: Buat pembayaran mengikut gram atau amaun yang ingin dibeli. Snapshot dan save sebagai picture untuk digunakan sebagai attachment nanti.

Info yang bakal diperlukan untuk langkah yang akan datang adalah Reference Number, Transaction date dan juga Amount. 

 

STEP 1: Pergi ke website Public Gold www.publicgold.com.my dan klik LOGIN. Masukkan ‘username’ dan ‘password’ sebagai mana tertera di dalam email yang diterima daripada Public Gold.

 

STEP 2: Klik “MY GAP” dan kemudian klik “PURCHASE”

STEP 3: Isikan semua maklumat yang diperlukan di ruangan yang disediakan seperti di dalam gambarajah di bawah ini.

  • Masukkan tarikh dan masa pembayaran mengikut slip bayaran (rujuk STEP 0)
  • Masukkan jumlah bayaran yang di bank-in
  • Muat naik slip bayaran
  • Masukkan ‘reference number’ yang tertera pada slip bayaran (refer STEP 0)

Semak maklumat dan pastikan semuanya betul. Akhir sekali, klik ‘Request’.

Selepas STEP 3 tadi, proses menambah belian (top up) GAP sudah pun selesai. Kita hanya perlu tunggu untuk ianya diproses oleh Public Gold dan akan dikemaskini ke dalam akaun GAP kita.

Seterusnya, saya akan kongsikan serba sedikit ‘features’ yang ada di dalam GAP portal kita. Ianya lebih kurang sama dengan sistem ‘online banking’ juga. Kita boleh lihat ‘Account Summary’, Account Statement’, ‘Transaction history’ dan sebagainya.

  • Selepas sahaja selesai proses menambah belian (top up) GAP tadi, kita akan dibawa ke ruangan ‘Account Summary’. Di ruangan ini, kita boleh melihat ‘request’ kita tadi telah berjaya. Amaun yang ditambah akan berada di bahagian ‘FLOAT’. Selepas ianya diproses, ianya akan dikemaskini dan amaun tadi akan ditambah ke dalam bahagian ‘CURRENT’ dan ‘AVAILBLE’.

Ini merupakan bagaimana ‘Account Summary’ GAP kelihatan, Selepas menambah belian (top up) GAP, kita perlu melihat bahagian ini untuk memastikan yang ‘request’ kita tadi berjaya.

  • Selain itu, kita juga boleh melihat sejarah transaksi GAP kita dalam masa 3 bulan terdahulu di bahagian ‘Transaction’. Rujuk gambarajah di bawah.

 

Di bahagian ‘Transaction’ ini, kita boleh melihat sejarah transaksi yang dilakukan di dalam akaun GAP kita. Ia menyimpan rekod selama 3 bulan. Selepas kita menambah belian (top up) GAP tadi, kita juga boleh lihat status ‘Requested’ tertera di sini. Selepas ianya diproses, ia akan dikemaskini menjadi ‘Submitted’ dan ‘Success’. Di sini juga, kita boleh melihat transaksi pengeluaran (‘withdraw’). Oleh itu amat penting untuk sentiasa memastikan apa yang dipaparkan di bahagian ini sama dengan transaksi yang kita lakukan. Jika terdapat sebarang perbezaan dengan transaksi yang kita lakukan, berhubung lah dengan dealer atau staf di cawangan Public Gold yang terdekat.

  • Kita juga boleh melihat penyata akaun GAP kita secara keseluruhan pada bahagian ‘Statement’. Klik sahaja butang nya, dan kita akan dibawa keruangan penyata seperti ditunjukkan di dalam gambarajah di bawah.

Penyata akaun GAP ini merekod pergerakan akaun kita selama 6 bulan. Oleh itu, kita digalakkan untuk print screen penyata ini setiap 6 bulan untuk rekod kita sendiri supaya mudah untuk kita ‘track’ perjalanan simpanan emas kita.

Terdapat lagi beberapa features yang terdapat di GAP portal. In shaa Allah kita akan sambung pada artikel-artikel yang akan datang. Dengan ini, sekian sahaja perkongsian saya tentang cara menambah (Top up) belian GAP di website untuk kali ini. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *