BELI EMAS BUKAN KERANA HARGANYA

Orang yang memahami tentang emas, akan beli emas bukan kerana harganya tetapi beli emas kerana kepentingan dan fungsinya sebagai wealth protection. Sebelum beli emas, kena tahu yang harga emas ada naik dan turun.

Kalau ada orang kata, beli lah emas sebab harganya sentiasa naik. Awas! Sila faham betul2, harga emas sebenarnya volatile. Sentiasa ada naik dan turun. Namun bila kita lihat dalam jangka masa yang lebih panjang, harganya meningkat. Jika memiliki emas untuk tujuan pelaburan, ianya adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang.

Namun, harus diingat sifat emas ialah penyimpan nilai terbaik, maka:

❤simpan lah emas utk dana/simpanan jangka masa panjang supaya boleh mengurangkan impak inflasi.

❤simpan lah emas utk backup penyusutan nilai matawang kita

❤simpan lah emas sebagai insuran di kala keruntuhan sistem matawang itu sendiri

❤simpan lah emas sebagai insuran pada waktu gawat dan genting.

Prestasi harga emas dalam USD vs. MYR

Kita lihat dua jadual di atas dan buat perbandingan. Kita lihat, prestasi nya naik sebanyak 300 – 400% dalam masa 16 tahun. Manakala dalam masa 5 tahun, ianya hanya sekitar 8%. Dan jika setahun, ianya masih berkadar negatif. Oleh itu, ianya sesuai untuk simpanan jangka masa yang panjang. Namun, sekiranya kita mempunyai ilmu trading, kita memang boleh mengambil peluang membuat duit hanya dalam masa lebih singkat, setiap minit adalah peluang. Tetapi, perlu diingatkan, ini lebih berpihak buat mereka yang ber’main’ dengan emas maya dan telah menguasai analisis teknikal tentang harga emas.

Kita lihat pula carta trend harga dalam USD/g dan MYR/g dalam masa 10 tahun. Lihat pada carta sebelah kiri, harga pasaran emas dunia (usd/g) masih berada pada paras yang rendah berbanding dengan harga tertinggi pada tahun 2011. Namun, apabila kita beralih ke carta sebelah kanan, kita boleh lihat harga emas di Malaysia (MYR/g) meningkat walaupun harga emas dunia agak statik (stabil di garisan 40 USD/g). Ini kerana ianya dipengaruhi oleh kadar pertukaran matawang antara USD dan MYR. Ini meunjukkan, nilai wang lebih terpelihara di dalam bentuk emas jika berlakunya kejatuhan nilai matawang MYR. Kita akan dapati jika harga emas naik, kita sebenarnya sedang berhadapan dengan kesusutan nilai matawang. Di sebalik berita gembira, ada berita yang menyedihkan.

Carta di atas merupakan trending selama 10 tahun bagi kadar pertukaran matawang USD-MYR. Dalam bahasa mudahnya, berapa yang kita harus bayar untuk setiap 1USD. Jika graf makin menaik menunjukkan, kita terpaksa ‘membayar’ lebih mahal untuk nilai 1USD. Ini juga membawa maksud yang duit kita (Malaysia) menyusut nilainya. Menjadi semakin murah. Mungkin juga akan jadi tak laku. Tak percaya? Pernah dengar cerita duit Malaysia tak diterima di Thailand baru-baru ni? Ini semua gara-gara penyusutan nilai wang kita. Mereka tidak mahu lagi menerima wang kita. Cuba bayangkan, jika suatu hari nanti duit kita jatuh lebih teruk, apakah persediaan kita? Sudahkan kita alihkan sebahagian (10-30%) daripada nilai duit kita kepada emas sebagai insuran (wealth protection)? ?

Bukan soal mahal atau murah emas tu. Tapi soalnya, brapa gram sudah kita ada sebagai backup untuk nilai kejatuhan ringgit? Dulu mahal, sekarang mahal, bila-bila pun mahal jika tiada ilmu. Bila ada ilmu, kita takut jika kita tiada simpanan emas fizikal.

Kita beli emas bukan kerana harga, tetapi kerana kita faham fungsinya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *