KISAH SAYA

Public Gold Dealer PG00059002

Saya dan suami merupakan Authorized Public Gold Dealer.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Shikin, seorang surihati kepada suami tercinta dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Saya dilahirkan di Selangor pada 27 Oktober 1983 dan dibesarkan juga di Selangor. Tetapi, keluarga kami berhijrah ke Negeri Sembilan pada tahun 1996 dan sehingga kini ibu bapa saya masih menetap di Negeri Sembilan. Oleh sebab itu, saya lebih senang mengatakan yang saya berasal dari Negeri Sembilan. 🙂

Saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Kimia daripada Universiti Teknologi PETRONAS dan telah menerima tawaran bekerja di salah sebuah anak syarikat minyak Multinasional di Kerteh, Terengganu pada tahun 2006 selepas tamat pengajian. Sehingga kini saya menetap di Terengganu bersama suami dan anak-anak.

Saya memilih untuk meninggalkan kerjaya sebagai eksekutif bidang kesihatan pekerjaan Industri dan meneruskan impian sebagai ‘Working at home mommy’ (WAHM) pada tahun 2014. Alhamdulillah, kini saya bergelar sebagai Authorized Dealer di Public Gold iaitu sebuah syarikat jual beli emas yang berprestij di Malaysia dan juga yang pertama diiktiraf sebagai ‘shariah compliant’. Saya hanya menjalankan perniagaan emas saya ini di rumah sahaja dan masa saya fleksibel antara menguruskan hal rumahtangga dan juga perniagaan. Saya gembira dengan pilihan saya. Alhamdulillah, semuanya atas izinNya.

SAYA DAN PUBLIC GOLD

Pertama kali berjumpa dengan mentor bisnes dan guru emas saya di Seminar Rahsia Dealer Emas.

Pada awal penglibatan saya di dalam dunia ‘emas’ ini pada bulan Ogos 2015, saya sekadar ingin menukarkan simpanan saya ke dalam bentuk emas bagi memelihara kuasa beli nya. Tidak pernah terlintas untuk menjadi dealer yang aktif.

Namun, pandangan saya terhadap pekerjaan sebagai seorang dealer ini bertukar sama sekali apabila saya menghadiri kelas ‘Rahsia Dealer Emas’ bersama mentor saya iaitu Tn. Mohd Zulkifli Shafie (www.mohdzulkifli.com). Saya kini sedar yang dealer seperti kami bukanlah ‘penjual emas’ semata-mata, tetapi kami menggalas tanggungjawab sebagai penyampai ilmu emas yang betul.

Dua hadith yang beliau sampaikan pada ketika itu betul-betul memberi kesan kepada saya. Setiap kali berasa ‘down’ atau ‘letih’ dalam perniagaan, saya akan ingatkan diri saya tentang 2 pesanan Nabi Muhammad S.A.W ini:

  • “Peniaga yang benar dan amanah (akan ditempatkan) bersama dengan para nabi, siddiqin dan shuhada (di Syurga)”– Hadis direkodkan oleh At-Tirmizi, bertaraf ‘hasan’
  • Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Kami sentiasa diberi motivasi dalam menajalankan business kami. Walaupun kami hanya bergelar ‘Authorized Public Gold Dealer’, tetapi kami mempunyai empayar perniagaan emas kami sendiri. Public Gold adalah partner dalam perniagaan kami. Pengasas Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng telah memberi janji bahawa customer kami adalah customer kami selamanya dan empayar emas kami boleh diwariskan kepada anak-anak kami.

Terlalu banyak nikmat yang Allah bagi, Alhamdulillah. Oleh itu, saya cuba sedaya upaya untuk menjalankan business Public Gold saya sebaik mungkin. Walaupun pelbagai kekangan dan cabaran, saya cuba juga yang terbaik. Saya tahu, In shaa Allah saya akan berjaya bersama Public Gold sepertimana mentor-mentor hebat yang saya dah jumpa di Public Gold.

Saya dealer aktif di Public Gold cawangan Kuantan.

Dealer Public Gold Kuantan

Saya sedang menerangkan kepada pelanggan tentang kelebihan emas Public Gold ketika di booth di hadapan UTC Kuantan.

Kami bersama Dato Wira Louis Ng ketika berkunjung ke ibu pejabat korporat Public Gold di Pulau Pinang

Alhamdulillah, setahun jagung saya bersama Public Gold dan atas bimbingan mentor saya serta sokongan yang diberikan oleh keluarga dan rakan-rakan, saya telah menerima anugerah daripada Public Gold. Dua anugerah yang diterima adalah “Club 100” dan “Superstar Dealer”. Ini merupakan motivasi buat saya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pendidik ilmu emas yang betul kepada semua lapisan masyarakat, In Shaa Allah.

Dealer Public Gold Kuantan

Saya bersama Head of branch HOB Public Gold Kuantan, Ms. Zeniss Chin. Beliau dan staf di Public Gold Kuantan banyak membantu dan menjadi tulang belakang dalam perlaksanaan bisnes saya.

 

Public Gold Dealer aktif di Kuantan

Gambar ini diambil pada 2016 Recognition Night bersama mentor bisnes dan guru emas saya, Tn. Mohd Ziulkifli Shafie.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walau di mana saya berada, saya tetap sahabat anda sekalian. Anggap saya sebagai sahabat kalian yang sentiasa ingin membantu dan membimbing anda dalam ilmu emas yang betul. Walaupun saya bukan pakar, tetapi saya belajar daripada pakar. Semua yang saya ajarkan adalah ajaran dan kata-kata daripada pakar. Jika inginkan bimbingan saya, sahabat sekalian boleh berhubung dengan saya melalui beberapa saluran seperti di bawah:

Facebook saya: shikin shawal

Whatsapp: +6012-9469042

email: angahcheng@gmail.com

Sekian, terima kasih. Salam ukhuwah dari saya.

-shikin-