NAK BELI EMAS
3 Cara Pembelian Emas di Public Gold
Terdapat 3 cara nak beli emas di Public Gold:
- Outright Purchase – belian dilakukan secara bayaran penuh
- Syariah Easy Payment Purchase (EPP) – merupakan cara belian menggunakan pembayaran berperingkat dan berkala
- Gold Accumulation Program (GAP) – akaun emas fizikal bersandarkan emas fizikal 100%






Ketiga-tiga cara belian emas di Public Gold ini adalah Patuh Syariah. Ia telah disahkan patuh syariah oleh panel syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors, diketuai oleh DR. MOHD DAUD BAKAR
Penerangan secara ringkas untuk setiap kaedah pembelian adalah seperti berikut:
- Kaedah Pertama – Outright Purchase
Kaedah Outright Purchase ini sesuai untuk mereka yang mempunyai modal untuk membeli item emas yang dikehendaki secara tunai sekaligus.
Ia boleh dilakukan sama ada secara ‘walk in’ terus ke cawangan Public Gold atau melalui order secara online.
Sekiranya ingin membeli emas secara ‘walk in’, sila pastikan anda telah pun mengesahkan kesediaan stok di cawangan Public Gold tersebut sebelum ke sana.
Boleh menghubungi staf di cawangan Public Gold di sini.
2. Kaedah Kedua – Syariah Easy Payment Purchase
Kaedah belian secara Easy Payment Purchase ini kaedah bayaran secara berperingkat dan berkala. Terdapat 2 jenis bayaran iaitu:
- EPP 4 : Membayar secara berkala selama 4 bulan berturut-turut
- untuk item emas bernilai RM500 dan ke atas
- EPP 10: Membayar secara berkala selama 10 bulan berturut-turut
- untuk item emas bernilai RM5000 dan ke atas
3. Kaedah Ketiga – Gold Accumulation Program (GAP)
Kaedah GAP ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang kecil untuk menyimpan emas iaitu bermula serendah RM100.
Ia tidak ada komitmen bulanan. Ianya terpulang kepada pemegang akaun untuk menambah simpanan pada bila-bila masa sahaja.
Kaedah ini juga sesuai untuk mereka yang ingin membeli emas wafer kecil seperti 1 g, 5 g dan setengah Dinar.
Public Gold menyimpankan emas pemegang akaun secara PERCUMA.
Emas fizikal boleh dikeluarkan dengan caj premium yang minima.

