Ciri-ciri dan Kelebihan Gold Accumulation Program (GAP) – Akaun Emas Public Gold

Gold Accumulation Program (GAP)

Gold Accumulation Program atau lebih dikenali sebagai GAP merupakan akaun emas disediakan di Public Gold.

GAP merupakan kaedah yang digunakan untuk membeli emas di Public Gold dengan modal yang kecil.

Secara ringkas, ia lebih kurang macam ‘Savings Account’, tetapi kita simpan gram bukan RM.

GAP juga sangat sesuai untuk mereka yang tidak mahu menyimpan emas mereka sendiri atas faktor kerisauan emas hilang ataupun kerana berada jauh dari cawangan Public Gold ( seperti berada di luar negara).

Ciri-ciri akaun GAP

  • Program ini disokong 100% oleh emas fizikal yang diperuntukkan secara ‘pool basis’

  • Modal permulaan serendah RM100 sahaja

  • Disahkan patuh syariah oleh panel syariah yang dilantik.

  • Pengeluaran emas fizikal bermula dari sekecil 1gram.

  • Simpan emas dengan PG secara percuma, tanpa had masa dan kuantiti.

  • Boleh beli dan jual secara online sahaja.

  • Tiada komitmen bulanan.

  • Baki minima 1gram perlu ditinggalkan untuk memastikan akaun aktif.

  • Sekiranya semua gram dikeluarkan/dijual, akaun dianggap tutup.

  • RM50 akan dikenakan jika ingin mengaktifkannya semula. 

  • Pengeluaran emas fizikal boleh dilakukan di mana-mana 17 cawangan Public Gold seluruh Malaysia.

Fungsi dan Kelebihan Simpanan Emas GAP

1. Boleh konsisten simpan emas sampai cukup target simpanan kita, Public Gold tolong jaga simpanan emas kita secara percuma tanpa ada kos upah simpan.

2. Boleh keluarkan emas fizikal dari akaun GAP kita (minimum 1g), dalam bentuk dinar atau gold bar asalkan cukup gram dalam akaun GAP:

  • a) di 17 cawangan Public Gold terdekat, cuma bawa IC dan duit untuk bayar caj premium. Pastikan anda telah hubungi staf di cawangan untuk reserve stock sebelum datang untuk collect emas anda. ATAU
  • b) gunakan servis Gold In Transit (GIT), HQ Public Gold akan pos emas fizikal (maksimum 20g) terus ke alamat kita, cuma bayar duit premium dan servis GIT.

Perkhidmatan penghantaran emas berinsurans ke rumah anda. https://bit.ly/GIT-GAP

3. Boleh gadai gram emas dalam akaun GAP direct secara atas talian (online) 24 jam setiap hari, Public Gold akan bank-in duit ke dalam akaun bank kita pada hari bekerja yang seterusnya.

NOTA: Marhun semasa ikut harga GAP semasa.

4. Boleh jual terus gram dalam akaun GAP kita secara atas talian (online) 24 jam setiap hari, Public Gold akan bank-in duit ke dalam akaun bank kita pada hari bekerja yang seterusnya.

NOTA: harga jualan balik boleh rujuk harga 10 gram ‘PG BUY’ dan bahagi dengan 10. Atau boleh sahaja lihat di portal myGAP.

Manfaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh Public Gold sebaiknya, insyaAllah kita boleh maksimumkan keuntungan simpanan emas.

MY GAP portal

Selain Purchase, kita juga boleh membuat transaksi lain di dalam portal My GAP.

PG Buyback – untuk menjual emas kita di dalam akaun secara terus ke Public Gold tanpa mengeluarkan emas fizikal.

Transfer – untuk dialihkan ke akaun c-wallet di www.pgmall.my (online shopping platform, boleh beli barang kemas juga)

ArRahnu – untuk pajak gram emas anda melalui ArRahnu KDE

Account – untuk melihat GAP statement dan transaksi lepas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *