Cara Nak Withdraw Emas Fizikal dari Akaun GAP
Jika hendak mengeluarkan (withdraw) emas fizikal dari akaun GAP, kita perlu reserve stok terlebih dahulu dengan staf di cawangan Public Gold terdekat melalui:
a) Panggilan telefon ATAU
b) WhatsApp
Selepas kita confirm stok ready di cawangan terdekat, kita boleh pergi ke cawangan dan ambil emas tersebut. Di cawangan, kita hanya perlu membayar Gold Premium untuk item yang kita inginkan.
Secara ringkasnya, untuk withdraw emas GAP, prosedurnya adalah:
Reserve Stok > Stok telah sedia > Pergi Cawangan > Bayar Premium > Bawa balik emas
Melalui panggilan telefon
a) Melalui Panggilan telefon
Telefon cawangan Public Gold terdekat dan beritahu jenis item dan bilangan item yang nak dikeluarkan dari akaun GAP.
Kalau stok dah ready, boleh terus datang ambil.
Kalau stok belum ready, mereka akan contact kita semula bila stok baru dah sampai.
Kalau urgent, boleh contact mana-mana 17 cawangan Public Gold yang ada ready stock untuk keluarkan emas tu.
Melalui WhatsApp

b) Melalui WhatsApp
- Wasap pada staf di cawangan berdekatan. Klik sini nombor telefon cawangan Public Gold.
- Nyatakan tujuan anda wasap adalah untuk reserve stock bagi withdraw GAP
- Letak PG Code
- Senaraikan item emas dan kuantiti yang dikehendaki
Contoh skrip:
Saya Shikin, PG59002 nak reserve stock untuk withdraw GAP. Bila boleh saya datang untuk collect?
- 1 Dinar x 5 pcs
- 10g Bunga Mas x 1pcs
- Pihak staf di cawangan akan reply dan akan beritahu tarikh pengambilan stok bila dah ready nanti. Follow up dengan staf jika perlu.
- Bila hendak ke cawangan untuk ambil emas, sila bawa IC dan duit secukupnya untuk bayar caj premium.
NOTA PENTING: Pastikan gram di dalam akaun anda mencukupi untuk keluarkan item fizikal.
Tinggalkan minima 1 gram (GAP) sekiranya mahu akaun anda kekal aktif.