Caj Premium

Caj Premium untuk setiap produk di Public Gold

Setiap pembelian emas (dan silver) keluaran Public Gold, ada satu caj yang dinamakan “gold premium” dan “silver premium”. Jadual premium di atas disemak bermula 1 Ogos 2017. Caj ini dikenakan untuk setiap pembelian sama ada pembelian biasa (non-GAP) atau pembelian melalui Akaun Emas GAP.

Apakah sebenarnya caj premium?

Caj Gold Premium sebenarnya kos Public Gold menghantar emas untuk memudahkan pembeli emas ambil dari mana-mana cawangan Public Gold berdekatan anda di seluruh Malaysia. Kalau dulu, caj ini dinamakan “transportation cost”.

Untuk makluman sahabat pembaca, emas Public Gold dijual berdasarkan harga emas dunia secara real time. Harga tersebut belum termasuk kos logistik (menggerakkan produk) ke cawangan berhampiran dengan kita.

TIPS: Bagaimana cara jimatkan kos caj “premium” untuk pengeluaran emas fizikal di akaun GAP?

Untuk jimat caj ini, beli (atau keluarkan dari Akaun Emas GAP) item yang lebih besar.

Contohnya, caj Gold Premium untuk gold bar 1 gram ialah RM10 keping. Kalau keluarkan 5 keping, maksudnya kita perlu bayar RM50 (RM10 x 5 keping).

Lebih besar item emas yang dikeluarkan, lebih murah “kos per gram” untuk caj Gold Premium. Ini disebabkan caj premium dikenakan berdasarkan jenis ITEM, bukan caj “per gram”.

gold-bar-emas-1-gram-5-gram-public-gold-lbma

FAQ: Adakah ia caj penghantaran (pos) kepada pembeli?

Bukan. Caj Gold Premium bukanlah caj penghantaran kepada pembeli seperti caj poslaju. 

Jika pembeli inginkan emas nya dihantar ke rumah, boleh menggunakan khidmat Gold-In-Transit (GIT) dengan tambahan bayaran tertentu. Tetapi ianya terhad kepada pembelian emas di bawah RM5000 sahaja.

Untuk maklumat lanjut tentang khidmat GIT, boleh lihat di https://bit.ly/GIT-GAP

FAQ: Adakah sama caj premium pembelian biasa dan pembelian secara EPP?

Berbeza. Untuk pembelian secara EPP, ada caj tambahan dikenakan. Rujuk jadual di bawah.

FAQ: Kenapa Public Gold kenakan caj Gold Premium walaupun kita ambil sendiri emas di cawangan Public Gold terdekat?

Cawangan Public Gold tak simpan stok emas yang banyak. Stok emas Public Gold disimpan di Public Safe yang terletak di Bayan Lepas, Penang (Malaysia). Cawangan Public Gold hanyalah distribution centre. Stok yang disimpan di cawangan hanyalah dalam jumlah yang sesuai dengan jumlah jualan sesuatu branch.

Lihat video ini untuk kenali Public Safe, iaitu tempat di mana Public Gold menyimpan stok emasnya.

Mudah-mudahan panduan ini dapat membantu sahabat pembaca faham maksud sebenar caj “gold premium” dan “silver premium”.

Shikin Shawal (Kak Ikin)

Pemudahcara Emas Public Gold (PG00059002)

0129469042

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *