Cara Nak Genapkan Kuantiti Emas dalam Akaun GAP

Kalau baki dalam Akaun Emas GAP ada titik perpuluhan, sebenarnya kita boleh genapkan jumlah gram dalam Akaun GAP tersebut. Titik perpuluhan itu wujud disebabkan beberapa faktor, antaranya;

.

a. tersilap membuat pembayaran semasa pembelian GAP,
b. mengeluarkan emas fizikal dalam bentuk dinar i.e. 4.25 gram, atau
c. Tambah belian (TopUp) menggunakan gandaan RM100

.

Bila berlaku titik perpuluhan, emas (dengan titik perpuluhan) tak dapat dikeluarkan dalam bentuk fizikal sebab syarat minimum pengeluaran mestilah seberat 1 gram.

.

Paling kecil yang Public Gold benar keluarkan buat masa ini ialah gold bar 1 gram. Jadi lebih baik kita genapkan sahaja baki dalam Akaun GAP tersebut.

Cara nak genapkan kuantiti emas dalam akaun GAP:

.

1. Kira jumlah gram yang diperlukan

Baki dalam akaun GAP sebelum penggenapan, 2.0870g

Contoh pengiraan:

Baki dalam akaun=2.0870 gram

Nak digenapkan kepada = 3 gram

3 gram – 2.0870 gram = 0.913 gram

Jadi, jumlah gram yang perlu ditambah untuk penggenapan ialah 0.913 gram

.

2. Kira nilai dalam RM

(Katakanlah harga semasa GAP = RM278)
 0.913 x RM278 = RM253.814

Total yang perlu di bayar RM253.81(digenapkan kepada 2 titik perpuluhan)

3. Jadi, langkah yang terakhir adalah top up nilai RM yang telah anda kira tadi di dalam portal My GAP. Selesai.

Cara untuk topup GAP boleh refer di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *